Tuesday, February 28, 2017

Kelebihan Klezcar

Disenaraikan di bawah, beberapa perkara menarik dan keistimewaan Klezcar, Syarikat kereta sewa di Malaysia :

1. 75 cawangan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

2. Website www.klezcar.com
- Tempahan mengikut masa sebenar (real time booking).
- Bayaran melalui website (sangat selamat)

3. Ambil dan pulang di cawangan berbeza. 
- Pelanggan boleh ambil di mana-mana cawangan dan pulang di mana-mana. (caj dikenakan)

4. Talian Hotline 24 jam
- Bantuan dan tempahan kepada pelanggan.

5. PERCUMA SATU HARI
- Ya, percuma satu hari jika kami tida menepati 3 kriteria :
Bersih, Wangi dan Stereng tidak Sejajar.

Demikian tadi keistimewaan Klezcar sebagai syarikat kereta sewa yerkenal di Malaysia.


Kereta Sewa Ayer Keroh
019-2554222

Saturday, February 25, 2017

Penyelenggaraan berkala - Tayar kereta

Pastikan kenderaan anda selamat
Penyelenggaraan kenderaan bukan sahaja satu cara yang penting untuk memanjangkan jangka hayat kenderaaan anda tetapi ia juga melibatkan isu keselamatan yang utama. Banyak isu-isu penyelenggaraan ditangani oleh pemeriksaan kenderaan yang telah dimandatkan kerajaan. Jika keretaanda tidak selamat, pemeriksaan oleh mekanik akan memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikannya. Walaubagaimanapun, mungkin ada satu tahun atau lebih diantara setiap pemeriksaan, jadi, pemilik kereta perlu berhati-hati dengan apa-apa isu keselamatan yang berpotensi dan memperbaikinya sebelum ia mungkin menjadi punca kemalangan.
Salah satu masalah penyelenggaraan yang paling lazim yang boleh membawa kepada kemalangan adalah tekanan tayar yang tidak wajar. Tekanan tayar tidak seimbang, terlalu tinggi atau rendah, boleh memberi kesan kepada prestasi atau membawa letupan; terutamanya dalam kereta berprestasi tinggi atau kenderaan berat seperti SUV. Anda boleh membeli tolok tekanan yang murah di mana-mana kedai auto parts dan memeriksa tekanan seperti yang terdapat di dalam buku manual pemilik. Semasa keadaan itu, anda mungkin mahu untuk rotate tayar anda untuk menggalakkan ia haus secara sekata dan prestasi yang konsisten.
Satu lagi bahagian penting adalah brek kereta. Jika anda dapati ia mempunyai "kelembutan" pada pedal brek, dan merasa getaran ketika brek sedang dikenakan, mintalah mekanik profesional untuk melakukan pemeriksaan terhadapnya. Brek anda mungkin haus atau anda mungkin boleh mempunyai masalah dengan sistem hidraulik kereta.
Sumber | Kredit : Fb RA Talang Enterprise, Shell Ayer Keroh

Kereta Sewa Ayer Keroh
019-2554222

Wednesday, February 22, 2017

Kereta Sewa Ayer Keroh

Kereta Sewa Ayer Keroh adalah salah satu cawangan daripada 75 buah cawangan Klezcar di seluruh negara. Kereta-kereta yang disediakan terdiri daripada compact, sedan dan mpv.

Bulan Februari Klezcar melancarkan Promosi Frenzy di mana ia memberi diskaun hebat kepada 50 pelanggan terawal sahaja.

Oleh itu, tempah kereta anda sebelum ia habis. 
Telefon 019-2554222 untuk tempahan.

Tempahan secara online 

Semak Harga
Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040

Tuesday, February 21, 2017

Kereta Nasional

Malaysia adalah satu-satunya negara Asean membina dan membuat kereta jenama sendiri. Bermula tahun 1985, jenama Proton telah dilancarkan dengan pengeluaran Proton Saga. 




Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.) pula bermula pada tahun 1993 dan memlancarkan kereta pertama Perodua Kancil setahun kemudian pada tahun 1994.



Kejayaan kedua-dua syarikat adalah atas sokongan rakyat negara ini yang membeli dengan harga mampu milik. Hampir 30 tahun kedua-dua syarikat ini telah mengeluarkan hampir 20 model jenama masing-masing.

Kerjasama dengan syarikat-syarikat permotoran Jepun banyak merubah landskap pembuatan automobil negara. Teknologi-teknologi baru membantu Proton dan Perodua meningkatkan kualiti setanding kereta import.

Kini, Proton  dan Peroduan bukan sahaja berada di Malaysia, bahkan di serata dunia.

Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040



Wednesday, February 15, 2017

Tempat-Tempat Menarik Sekitar Ayer Keroh

Ayer Keroh terkenal dengan tempat-tempat menarik yang sentiasa dikunjungi oleh pengunjung seluruh Malaysia. Tempat-tempat menarik ini menjadi pilihan dan kawasan Ayer Keroh sentiasa sibuk di hujung minggu.

Senarai di bawah menjadi pilihan utama pengunjung-pengunjung:

1. Taman Buaya
Taman buaya terletak di Ayer Keroh memberi pengalaman yang baru untuk anak-anak yang belum pernah melihat haiwan-haiwan seperti buaya, burung-burung dan lain-lain lagi.




2. Melaka Wonderland
Melaka Wonderland Theme Park & Resort terletak di Ayer Keroh Melaka . Ia sudah hampir empat tahun di buka dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelancong luar mahupun di dlam negara.  Melaka Wonderland Theme Park & Resort juga menawarkan pengalaman taman air kepada semua orang terutama bagi yang berkeluarga. Permainan untuk anak-anak, remaja disediakan dan sesuai untuk semua golongan. Stesen water slides berkelajuan tinggi ke tranquil greenery, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menjanjikan keseronokan dan pengalaman berpanjangan kepada semua pengunjungnya. 





3. Taman Mini Malaysia Dan Taman Mini Asean
Taman Mini Malaysia, memberi pembelajaran kepada semua pengunjung untuk memahami budaya masyarakat di 13 buah negeri seluruh Malaysia. Keunikan taman tema ini dianggap unik kerana  telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.



TEMPAHAN

SEMAK HARGA

PERTANYAAN
1300 88 4040 (24JAM)